Saturday, November 15, 2008

KULIAH SUBUH PADA SABTU 15 NOV 2008

Kuliah Subuh pagi ini yang sepatutnya diisi oleh Ustaz Shauki telah digantikan oleh seorang Ustaz lain. Saya sendiri tidak mengetahui siapa beliau dan saya jangka inilah kali pertama beliau menyampaikan kuliahnya di surau kita ini. Saya tidak sempat menanyakan siapa beliau langsung kepada beliau sendiri atau pun Sdr. Shahrudin kerana tergesa-gesa untuk suatu urusan lain.
Penyampaian beliau amat menarik, dan kita dapat rasakan ilmu beliau cukup tinggi. Usianya masih muda sebagaimana yang dinyatakan kepada kita iaitu 40 tahun.
Walau bagaimana pun satu perkara yang beliau bangkitkan khususnya tentang membolehkan kadha' solat untuk ibu bapa, saya dapati kurang dapat diterima. Begitu ramai ustaz-ustaz lain telah menerangkan tentang tidak bolehnya kadha' untuk diri sendiri, apatah lagi bagi orang lain, walaupun ibu bapa sendiri. Kita akan bincangkan dengan lebih lanjut berhubung persoalan ini di lain waktu, cuma renungilah sedikit ayat 39 Surah An-Najm (Surah ke-53) yang jelas-jelas menyatakan manusia itu tidak mendapat apa-apa kecuali apa yang diusahakan sendiri. Apa yang anak-anak boleh lakukan adalah mendoakan, memohonkan keampunan yang sebanyak-banyaknya untuk ibu bapanya, tetapi bukan melakukan sesuatu amalan atau ibadat dan niatkan pahalanya dihadiahkan kepada mereka. Kita bimbang perlakuan yang sedemikian boleh termasuk dalam perkara-perkara bid'ah. Na'uzubillah.
Wallahua'lam!

No comments: