Sunday, November 9, 2008

Kuliah Subuh & Maghrib Pada Ahad 11 Zulqaedah 1429H

Kitab “Majmuk Syarif” Diharamkan

Ustaz Dr. Azwira Abd. Aziz ketika menyampaikan Kuliah Subuhnya pada hari minggu tanggal 11 Zulqaedah 1429 H, telah memberikan sedikit kejutan kepada kita apabila menyatakan bahawa sebuah negeri di Malaysia ini, iaitu Perlis, telah mengeluarkan fatwa mengharamkan kitab kecil “Majmuk Syarif”. Sebenarnya saya sendiri telah lama kurang dapat menerima beberapa isi kandungan dalam kitab ini. Terlalu banyak dimuatkan hadis-hadis yang menyatakan tentang fadilat mengamalkan bacaan surah-surah tertentu atau ayat-ayat tertentu tanpa menyatakan sumber hadis-hadis berkenaan. Saya juga cuba meneliti siapa sebenarnya pengarang atau penyusun kitab ini, namun gagal menemuinya. Kitab itu yang ada pada saya, yang saya terima sebagai oleh-oleh menghadiri majlis walimatul’urus seorang teman suatu ketika dulu, hanya dinyatakan penerbitnya sahaja iaitu Cahaya Pertama.
Sebagai orang awam yang sangat cetek ilmu agamanya, saya ingin benar mendapatkan hujah-hujah atau alasan-alasan sehingga Perlis mengharamkannya. Sekiranya ada teman ahli Kariah Surau kita ini yang tahu mengenainya, atau memiliki kertas maklumat berhubung perkara ini, saya pohonkan dapatlah berkongsi maklumat berkenaan dengan rakan-rakan yang lain, termasuk saya. Wallahu A’lam.


Anjing & Babi Tidak Najis

Pada malamnya pula, kita dikejutkan oleh Ustaz Ramadan Fitri apabila dalam Kuliah Maghribnya melontarkan dua pendapat yang agak berselisihan dengan pegangan kebanyakan orang kita di negara ini, iaitu:

1. Bahawa anjing dan babi tidak najis, dan
2. Tiada Qada dalam solat; tiada apa yang disebut sebagai solat menghormati waktu; dalam keadaan darurat boleh solat dalam mobil sambil memandu dengan hanya menepuk dinding mobil dan melakukan tayamum dan tak perlu mengulangi solat itu (atau qada)..

Saya seronok mendengar penjelasan beliau kerana ia selari, dan seolah-olahnya meng”confirm”kan pendapat saya selama ini. Saya tidak berhajat untuk memanjangkan penulisan ini, tetapi sekiranya ada komen atau respons daripada teman-teman mengenainya dapatlah kita perpanjangkan perbincangannya.

Wallahu A’lam.

2 comments:

mylias said...

a very active private discussion is going on in the Surau-Annaim Yahoo eGroup. Muslims (especially from Wangsa Maju area) interested or wish to participate in the discussion may request to join the Yahoo eGroup.

mylias said...

Terima kaseh Pak Husin,

Saya bukan ilmuan dalam hal2 ini, tapi saya pernah dengar tentang apa yang di sampaikan itu.

Saya pernah mendengar Maulana bertazkirah di Lembah Keramat pada malam hari Jumaat (malam Sabtu, tiap2 minggu) yang menyatakan antara nya: (kalau saya tak silap)
1. Ada satu Mufti Trengganau ( pada masa dulu) menyimpan anjing di rumahnya. Dan kalau tak silap saya dia juga berkata bahawa tidak ada di sebut tentang anjing di dalam Koraan. Hanya ada Hadis, itu pun tentang air yang di minum oleh anjing (cuba semak kesaihan nya itu), tidak ada lain yang di sebutkan. Tapi ada juga hadis yang menyatakan boleh simpan anjing untuk tujuan buruan; tidak pulak dinyatakan cara dan dimana anjing itu di simpan. Maulana juga berkata Mazhab Malaiki - di Afrika - tidak mengharamkan anjing (untuk di makan? saya kurang dengar dan kurang pasti).
2. Babi (khinzir) hanya haram di makan (itu ada dalam Koraan), tapi tak disebutkan selain dari itu. (Mungkin yang menyebutnya selepas itu Ulama2 lain saya tak trahu lah. Kita orang Melayu dan jawa terikut ikut selepas itu. Malah di Timur Tengah - bukan lah di Mekah atau Madinah - 'bacon' dan/atau 'ham' di beri dengan cara terbuka pada orang Ugama lain untuk sarapan pagi di dalam restoran2 utama hotel2 ).

Sebenarnya kita semua taksub dengan Mazhab Shafie dan kita tidak melihat dari sudut Mazhab2 lain (or we refuse to or not allowed by those practicing Mazhab Sahfie, alasan mereka bahawa kita maseh belum mempelajari dengan penuh Mazhab Sahfie, mengapa nak tahu pasal Mazhab2 lain, atau pun mereka berkata nanti jadi 'keliru' ......... macam lah kita semua bodoh sangat!).

Semua yang Maulana katakan itu, dan yang berlaku di Perlis, dan yang dinyatakan di Surau An-Naim tu bukan ajaran sesat (pada pendapat saya) tapi sebagai memberi pegertian yang lebih luas dan mendalam tentang Islam. Islam itu luas, tapi yang menyempitkannya itu adalah kita (dan mungkin juga Ulamak2 yang menyatakan diri mereka itu sebagai Ulamak2 - tuan juga telah menulis tentang satu hal didalam blog Surau-Annaim baru2 ini)

Saya bukan terpelajar sangat tentang Ugama Islam ni, tapi ada juga saya merasa (untuk saya sendiri lah) bahawa taksub kita pada satu Mazhab itu menyempitkan kita dalam pengetahuan dan amalan Ugama Islam.