Friday, December 31, 2010
Masa depan tazkirah ...
To Sdr Saharuddin, thank you for all your services all these years ... you have done a very very very good job ...... may Allah SWT repay you for all your past efforts, and future cooperation.
To the incoming team members, may we wish you a good future, InsyaAllah your efforts will be smooth going, and we will give you the fullest cooperation. Sdr Hussin, Sdr Azman and Sdr Syed Muzir,
Muslims of Wangsa Maju are encouraged to post articles and recordings.
Friday, December 17, 2010
a new carpet
Muslims of Wangsa Maju are encouraged to post articles and recordings.
Friday, November 19, 2010
Arwah Sdr Nizar Dalam Kenangan (in memory of the late Nizar)
Received this SMS late Friday morning ,
Dimaklumkan dgn dukacitanya sahabat / jemaah kita HJ NIZAR telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Jenazahnya sekarangberada di rmh nya dekat rmh Shahruddin depan carre4.
Not really a shock as he was already quite ill for some time. He was a good man, with a young family, active in the Surau activities. We all will miss him greatly.
Our condolence to his young family.
Muslims of Wangsa Maju are encouraged to post articles and recordings.
Monday, August 30, 2010
Manusia Yang Melihat Allah
Wallahu 'aklam...............
Imam Menghadap Makmum Setelah Memberi Salam
Dalam buku “Terjemah Hadits Shahih Bukhari” Jilid I, terdapat sebuah hadith yang mafhumnya: Daripada Samurah Bin Jundab mengatakan, “bahawa apabila Nabi saw selesai solat, beliau menghadap kepada kami”. Di nota kakinya dicatatkan: “setelah selesai solat, Imam sunat menghadap kepada makmum”.
Kesimpulannya, seelok-eloknya siapa sahaja yang mengimamkan solat di surau kita ini, hendaklah menghadap kepada makmum setelah memberi salam. Setidak-tidak dia akan dapat bertentangan mata dengan mesra dengan para makmumnya, disamping dapat melihat apakah ada makmum yang masbuk. Jika ada hendaklah dia tidak mengeraskan suaranya dalam berzikir dan berwirid, juga dalam berdoa, agar tidak mengganggu makmum yang masih belum selesai solatnya.
Wallahu ‘aklam………………..
Monday, August 23, 2010
BERSALAMAN
Bersalaman
Assalaamu'alaikum wbt,
Saya sekadar ingin kongsikan satu artikel pendek yang saya terbaca di internet ini juga tentang bersalaman untuk manfaat kita bersama:
*Salam dan bersalaman (berjabat tangan) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan.
*Ia boleh mengeratkan bagi hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara umat, lebih-lebih lagi amalan tersebut adalah salah satu amalan Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam dan para sahabat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud, Nabi Sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam keatasnya”
*Hukum bagi orang yang memberi salam itu adalah sunat dan bagi orang yang menjawabnya pula adalah wajib.
*Hukum bersalaman (berjabat tangan) terbagi menjadi tiga bagian :
i.Bersalaman antara sesama jenis (jantina)
Bersalaman antara seorang lelaki dengan lelaki atau seorang perempuan dengan perempuan yang lain adalah sunat. Malah dituntut oleh agama setiap kali pertemuan.
Untuk pertemuan yang jarang terjadi atau ketika pulang dari belayar kita juga dianjurkan bersalaman dengan cara berpelukan.
ii.Bersalaman antara lelaki dengan perempuan asing (ajnabiah) Bersalaman antara lelaki dengan perempuan ajnabiah adalah haram, bahwa Rasulullah SAW tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan. iii.Bersalaman antara lelaki dengan mahramnya Hukum bersalaman di antara seorang lelaki dengan mahramnya atau seorang perempuan dengan mahramnya
adalah sama dengan hukum bersalaman antara sesama jenis yaitu sunat.
Islam juga malah disunatkan kita mencium tangan kedua ibu bapa ketika bersalaman dengan mereka. Begitu juga disunatkan mencium tangan orang alim, sultan atau raja yang adil.
*Apa yang berlaku di kalangan segelintir masyarakat kita sekarang ini, ada yang beranggapan bersalaman dengan keluarga yang hampir seperti sepupu, isteri bapa saudara, adik ipar atau kakak ipar dan lain-lain yang tidak bersangkut paut dengan mahram.
*Ini adalah keliru, karena hukumnya tetap ajnabiah haram bersentuhan.
*Amalan bersalaman (berjabat tangan) sudah menjadi lumrah tetapi mungkin sedikit saja yang mengetahui akan kelebihan dibalik kebiasaan yang dianjurkan ini.
*Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyatakan, telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah”
*Kita cukup meyakini bahwa bersalaman dan saling meminta maaf sangat dianjurkan oleh agama, kapan saja, dan itu juga sangat bermanfaat untuk membangun kehidupan sosial keagamaan kita.
*Salam dan bersalaman ini mempunyai kelebihan untuk mengeratkan lagi hubungan silaraturrahim dan ukhuwah.
*Apa lagi bila tangan dihulur dan disambut dengan senyuman dan kemesraan, dosa diampunkan sebelum keduanya berpisah, maka salam dan bersalaman ini sudah tentu menjadi suatu amalan yang sangat perlu untuk dipraktekkan.
Jelaslah bersalaman itu sangat digalakkan dalam Islam. Justeru itu saya merasa amat terkilan dengan sebahagian teman-teman di surau yang begitu segan dan kedekut untuk bersalaman dengan teman-teman yang lain, khususnya selepas solat subuh. Luangkanlah sedikit masa yang tak sampai pun 2 minit untuk bersalaman sambil kita bersalawat kerana manfaat dan natijahnya begitu besar dalam mengeratkan silaturrahim di kalangan kita.
Hormat kami.
Wassalam.
Wednesday, June 30, 2010
Tauhid Asma' wa sifat
I will be writing regarding visits to places of historical significance, in particular the Pyramids, later insyaAllah. Also I would like to comment on Ustaz's comments on alternative medicine as practised by quite a number of Ustaz now.
Thursday, March 18, 2010
Terima kaseh
Terima kaseh kerana meng-Imam kan kami bila Tuan Hj. datang ke Kuala Lumpur.
Muslims of Wangsa Maju are encouraged to post articles and recordings.
Saturday, February 27, 2010
Thursday, February 25, 2010
Generasi lama dan baru
Muslims of Wangsa Maju are encouraged to post articles and recordings.
Sunday, January 17, 2010
Ustaz Shahul Hamid
Ustaz Hj Shahul Hamid An Naqsyabandiy dari Pulau Pinang telah bertazkirah di Surau An-Naim pada malam Isnin baru baru ini.
http://www.youtube.com/results?search_query=ustaz+shahul+hamid&search_type=&aq=0m&oq=shahul+hamid
http://bahrusshofa.blogspot.com/2008/08/gerakan-wahhabi-us-shahul-hamid.html
Muslims of Wangsa Maju are encouraged to post articles and recordings.
Sunday, January 10, 2010
Ustaz Hasrizal in the Star on Sunday 10 Jan 2010
Monday, January 4, 2010
Lafzuljalalah = "Allah"
Assalaamu'alaikum Ustaz,
Saya mengikuti Kuliah Maghrib Ustaz di Surau An-naim tadi (4/1/2010). Saya telewat sampai dan ketika saya sampai Ustaz telah separuh jalan, jadi saya telah tidak berkesempatan untuk mengikuti ulasan Ustaz berhubung isu "Allah" yang sangat panas dibincangkan di semua media massa sekarang ini. Itu pun saya tak pasti apakah Ustaz membuat ulasan yang panjang lebar. Walaupun di akhir kuliah Ustaz membuka peluang untuk membuat soalan saya telah teragak-agak, bimbang Ustaz telah pun membuat ulasan yang jelas, saya nak bertanya pulak, kan tak manis.
Sebenarnya saya masih teragak-agak untuk menentukan sikap. Apa tidaknya, kebanyakan orang yang membuat pandangan adalah dari puak-puak yang sebelum ini tidak memperlihatkan komitmen mereka yang kuat terhadap Islam, contohnya Pemuda UMNO P. Pinang, dan Ketua Penerangan UMNO P. Pinang. Tiba-tiba berapi-api dia. Setelah itu kalau tidak silap saya ada pula seorang peguam yang juga wakil rakyat dari P. Pinang menyatakan penggunaan Allah ini tidak melanggar undang2. Dr. Asri pulak tidak secara tegas menentang. Bahkan menyatakan kalau mahu digunakan haruslah ada garis panduan.
Jadi Ustaz, bagi orang yang jahil seperti saya ini menjadi agak bingung. Pohon beri pandangan Ustaz.
Wabillahilhidayah wa taufiq.
Terima kasih.
Salam hormat,
Husin Pawiro.