Dalam buku “Terjemah Hadits Shahih Bukhari” Jilid I, terdapat sebuah hadith yang mafhumnya: Daripada Samurah Bin Jundab mengatakan, “bahawa apabila Nabi saw selesai solat, beliau menghadap kepada kami”. Di nota kakinya dicatatkan: “setelah selesai solat, Imam sunat menghadap kepada makmum”.
Kesimpulannya, seelok-eloknya siapa sahaja yang mengimamkan solat di surau kita ini, hendaklah menghadap kepada makmum setelah memberi salam. Setidak-tidak dia akan dapat bertentangan mata dengan mesra dengan para makmumnya, disamping dapat melihat apakah ada makmum yang masbuk. Jika ada hendaklah dia tidak mengeraskan suaranya dalam berzikir dan berwirid, juga dalam berdoa, agar tidak mengganggu makmum yang masih belum selesai solatnya.
Wallahu ‘aklam………………..
No comments:
Post a Comment