Assalaamu’alaikum wbt,
Setelah mendengar kuliah maghrib Ustaz Rahim Saad tadi malam (7 Muharram 1431H bersamaan 23 Disember 2009) saya terpanggil untuk memberikan sedikit komen berhubung dua perkara yang dibangkitkan. Tentunya ulasan saya ini hanya akan dapat diikuti bagi jamaah yang telah hadir sama dalam majlis kuliah maghrib berkenaan.
1. Tentang ayam yang tidak disembelih: Daripada pengalaman saya lebih 4 tahun di Jogjakarta dalam tahun 1970-an, saya dapati masyarakat Muslim disana juga sangat mengambil berat tentang daging ayam yang halal. Mereka juga mempastikan daging ayam yang dimakan haruslah disembelih mengikut cara Islam yang betul.
Sedemikian itu saya merasa amat terkejut apabila Ustaz menyatakan seolah-olahnya masyarakat disana mengambil ringan berhubung penyembeliahan ayam itu sehingga mengatakan yang perlu diperhatikan hanyalah leher ayam saja. Sekiranya ternyata tidak disembelih, cukup sekedar membuang leher itu saja dan bahagian yang lain boleh dimakan. Yang lebih mengejutkan adalah yang mengatakan demikian itu adalah para santri dari Pesantren Gontor yang terkenal itu!
Terus terang saya meragui cerita yang Ustaz bawakan itu. Ingin sekali saya bertanya kepada rombongan yang dikatakan telah pergi untuk berseminar di Pesantren Gontor tersebut. Saya bimbang jika peristiwa yang dibawakan itu tidak benar, ia menjadi suatu fitnah.
2. Yang kedua adalah berhubung seorang supir taksi yang cukup ‘alim tetapi dikatakan menganggap suatu yang biasa, bahawa anaknya yang baru graduate “melacurkan” dirinya sebelum mendapat kerja yang tetap. Terlalu amat sukar bagi saya untuk mempercayai cerita ini. Kerja melacur sesungguhnya dianggap amat hina oleh masyarakat disana, seperti juga kita. Boleh jadi orang kita berkenaan tersilap faham kerana kadang-kadang istilah yang diguanakan itu mempunyai maknanya berbeza dengan kita disini. Saya berikan contoh, ketika di hari pertama saya sampai di Jakarta pada tahun 1971, saya didatangi oleh seorang pengangkut barang, lalu menanyakan saya apa yang saya perlukan. Mungkin saya telah menggamit seorang lain dan beliau mengira saya memanggil beliau. Saya mengatakan saya tidak memanggilnya. Lalu beliau berkata “oh saya kira bapak BUTUH saya”. Terkejut saya dibuatnya. Kemudiannya baru saya tahu butuh itu maknanya PERLU!
Di lain waktu saya terkejut pula apabila perkataan PANTAT digunakan dengan begitu bersahaja, yang rupa-rupanya maksudnya PUNGGUNG, juga “SUP BUNTUT” yang maksudnya “SUP EKOR”. Oleh itu saya amat yakin pemandu taksi itu tidak menyatakan anaknya “melacur” seperti mana yang kita fahami.
Kesimpulan saya adalah berhati-hatilah dalam kita menyatakan sesuatu, apatah lagi dalam satu kuliah yang dihadiri oleh jamaah yang cukup ramai. Silap-silap boleh menjadi fitnah!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pak Hussin,
Terima kaseh di atas perhatin Pak Hussin itu. Mungkin ada benarnya tentang perkataan2 yang di gunakan di tempatan ada beza (Indon kata beda) nya dengan perkataan2 yang biasa kita dengar di Malaysia.
Tak usah pergi jauh lah, di Kelantan apabila TGNA memberi ceramah/tazkirah yang biasanya beliau menggunakan perkataan tempatan (ia itu Kelantan), hebuh sekali akbar dan TV menuduh beliau sebagai 'tidak sopan', walhal perkataan2 yang TGNA gunakan itu adalah sopan di telinga orang Kelantan.
Pergi ke Sarawak dan banyak perkataan2 yang biasa di gunakan di KL sebagai sopan, di sana mungkin anda akan di pandang serong (sedikit kurang sopan) bila menggunakan beberapa perkataan KL.
Tapi Pak Husin, bagi saya sendiri bila saya pergi ke Bandung tidak lama dulu saya langsung tidak makan ikan talapia, walau macam mana sedap masakan nya. We can talk privately on this when we have the time insyaAllah.
Lias
Post a Comment