http://www.youtube.com/watch?v=T7nUQNlNgPQ
http://www.youtube.com/watch?v=d03YFVeWRUw
http://www.youtube.com/watch?v=5V2du0XdwCw
http://www.youtube.com/watch?v=IXgvfdDa50k
http://www.youtube.com/watch?v=BuyhwT9IiSg
Muslims of Wangsa Maju are encouraged to post articles and recordings.
Tuesday, April 28, 2009
Friday, April 17, 2009
Husin Yee di Surau An-Naim
Our good friend Mahusin
Thursday, April 2, 2009
Kuliah Maghrib Ustaz Husin Yee
Kuliah Magrib Ustaz Husin Yee Pada
Hari Khamis Malam Jumaat, 2 April 2009
Pada malam ini saya merasa lega kerana pegangan saya selama ini bagaikan terbela, atau setidak-tidaknya dikongsi oleh seorang Ustaz yang tinggi ilmunya. Ia adalah berhubung dua perkara dalam solat iaitu:
1. Tentang bacaan fatihah bagi makmum yang masbuk yang tidak sempat membaca fatihah, tetapi sempat rukuk bersama Imam. Dalam sessi soal jawab di akhir kuliah, Pak Mudir kita Pak Haji Zainal telah bertanyakan tentang hal ini. Jawapan Ustaz begitu terang dan jelas iaitu, memandangkan fatihah adalah merupakan salah satu rukun solat, bererti makmum mestilah bangkit lagi setelah imam memberi salam untuk menyempurnakan rakaat yang tidak sempurna kerana tiada fatihah tersebut. Jika tidak solatnya tidak sah. Dalam hal ini saya pernah berbahath dengan seorang makmum lain yang telah menegur saya kerana berbuat seperti apa yang dikatakan oleh Ustaz tersebut. Saya tidak menyalahkan beliau kerana itulah sebenarnya yang diajarkan kepada kita selama ini, iaitu sekiranya makmum sempat rukuk bersama imam walaupun fatihah tidak sempat dibacanya, rakaat tersebut dikira sempurna. Perbahathan kami berakhir dengan sama-sama bersetuju bahawa kami tidak sependapat (agree to disagree!). Pada malam ini saya dapati saya tidak keseorangan.
2. Tentang makmum terus sujud di rakaat akhir walaupun imam telah duduk, bahkan ada yang sujud begitu lama, hinggakan apabila imam telah memberi salam ia masih terus sujud. Masih ada jamaah kita yang berbuat demikian di surau kita ini pun! Sebagai makmum kita mestilah ikut apa yang imam buat selagi imam tidak berbuat silap, jika tidak bukan ikut imam namanya. Untuk mengatakan batal solatnya saya tidak berani, tetapi cukup seperti apa yang dikatakan Ustaz, makmum seperti ini tidak beradab namanya! Kalau mahu sujud lama-lama, buatlah ketika solat bersendirian, seperti solat sunat tahajjud dan lain-lain lagi.
Wallahu 'A'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)